![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sampai sekarang aku still tak percaya :(
![]() Hai, lama sangat dah aku tak update. hmm hari nih aku nak update something yang menyedihkan. maaflah sebab entry nih agak panjang. entry nih adalah rahsia hati aku. aku tatau nak ngadu kat siapa dah :( :- masih segar diingatanku disaat aku melayan karenahnya di hospital, walaupun saat itu, aku menahan segala kesedihanku supaya arwah tak nampak yang aku sedang bersedih. terngiang ngiang di telingaku ketika arwah merengek nak balik. teringat ketika arwah nak dibawa ke bilik pembedahan, arwah menjerit memanggil namaku supaya bawanya ke rumah. hanya tangisan sahaja yang arwah dengar daripadaku. seminggu arwah dirawat di icu, aku dan ma lah yang menjaga diruang menunggu icu. siapa yang tak gembira apabila mendengar berita bahawa pembedahan arwah selamat. hanya menunggu arwah sedarkan diri saja. doktor memberitahu bahawa arwah menghidapi penyakit usus bocor, ususnya terpaksa dipotong. sayu hatiku apabila melihat ma begitu kuat mendengar khabar tersebut. aku dan ma tetap setia menuggu diluar. ma tidak dibenarkan untuk menemani abah diwad icu, kami dibenarkan melawat abah time waktu melawat je. pukul 12tengah hari sampai pukul 2petang dan pukul 5petang sampai pukul 7malam. 4hari selepas pembedahan, barulah arwah mula sedarkan diri, Alhamdulillah Ya Allah. hanya kata kata itu yang mampu aku ucapkan. keesokan harinya, arwah dibenarkan keluar daripada wad icu, arwah dihantar ke wad biasa. wad yang menempatkan pesakit yang baru selesai membuat pembedahan. arwah dah boleh berbual, walaupun suaranya tak berapa jelas akibat lehernya ditebuk untuk memasukkan saluran susu, arwah tetap dengan perangainya, nak balik!! puas dipujuk, arwah kembali okayy. seminggu berada diwad, arwah demam panas. subuh keesokan harinya, arwah tidak sedarkan diri, doktor membawa arwah ke wad icu, kerana keadaannya yang semakin kritikal. aku yang berada di Raub bergegas ke Temerloh bersama abangku. sampai saja disana doktor pakar memanggil semua ahli keluargaku, membincangkan tentang arwah diruangan kaunseling. rupanya kesan pembedahan arwah tidak pulih, dan makin teruk. hal ini disebabkan kencing manisnya. satu berita yang tak mungkin aku terima, arwah tiada harapan untuk hidup. doktor meminta keizinan untuk membuat pembedahan sekali lagi, tetapi banyak risikonya. peratusan untuk arwahh hidup hanya 10% saja :( kami tidak membenarkannya. arwah dah banyak menderita. sepuluh hari arwah koma di wad icu, akhirnya 22 Mac 2013, Jumaat, pukul 4.20petang, arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allah lebih menyayanginya. sepanjang malam aku dan keluargaku menjaga jenazah arwah dirumah, kerana dah lewat untuk dikebumikan. sedih tak terkata saat kami melihat jenazahnya yang terbujur diruang tamu. bagaikan tak percaya tuh adalah abahku! orang yang paling aku cintai. arwahlah tempat kami bergelak ketawa, bergurau, dan bermanja. tiada pengganti yang boleh menggantikan tempat dan kebaikan abah. akulah yang paling manja dengan arwah! apa yang aku mahukan, arwah akan berusaha untuk memenuhi kemahuanku. apa saja kesalahan aku, tak pernah sekali pun arwah menengkingku dan naikkan tangan. sekarang kami semua merasa kehilangannya. rasa baru semalam arwah bersama kami. pejam celik pejam celik, dah genap 4minggu arwah pergi meninggalkan kami. sekarang hidup aku kosong dan sunyi sangat. pemergian arwah sangat sangat dirasai oleh aku, keluargaku, malah jiran jiranku pun turut merasainya. arwah seorang yang peramah, dan sentiasa murah dengan senyuman.
![]() 9 MAC 2013, kali terakhir aku tangkap pic arwah :( #Ya Allah, Kau tempatkan lah roh arwah ditempat orang orang yang beriman. amanlah roh arwah disana. kami disini sangat merindui dan menyayanginya. Al-Fatihah :( ? 0 message from u |